BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Februari 02, 2010

Pembelajaran Berasaskan Web


Ulasan Jurnal "Pembelajaran Berasaskan Web"

Pengajaran berasaskan web merupakan alternatif pengajaran untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Antara kebaikan pengajaran ini ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi.

7 ulasan:

Blogger berkata...

Siapa saje boleh ulas dan komen

nazrah berkata...

web adalah salah satu kaedah pengajaran yg berkesan dalam bidang pendidikan masa kini

ULUL AZMI BIN HASSAN berkata...

No.matrik: 202208

Pembelajaran berasaskan web amat popular pada masa kini. Ianya telah menular keseluruh IPTA dan IPTS dinegara kita. Bahkan diperingkat sekolah menengah dan rendah juga menggunakan P&P berasaskan web. Pembelajaran ini memudahkan semua pihak jika digunakan dari aspek positif tanpa mengira dimana seseorang itu berada. Contohnya blog dapat dimanfaatkan oleh seorang guru untuk menyampaikan maklumat,makluman serta hal-hal dari semasa kesemasa kepada pelajarnya dengan cepat.

asima berkata...

Assalamualaikum warahmatullah;
Terima kasih kepada pemilik blog kerana berkongsi artikel ini. Daripada artikel ini banyak panduan yang kita dapat sebelum mengaplikasikan kaedah pembelajaran berasaskan web dipilih sebagai teknik pengajaran kita. Kita juga perlu merancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan malah pembelajaran akan lebih berkesan. Walaubagaimanapun pada pendapat saya ianya sesuai untuk ‘long life learning” kurang sesuai untuk primary school and secondary school, dimana kurikulum pembelajarannya lebih berorientasikan peperiksaan. Sesekali bolehlah kita guna kaedah ini sekadar memberi pengalaman kepada pelajar.Di samping itu, umum mengetahui infrastruktur di sekolah kurang memberangsangkan untuk pelaksanaan pembelajaran berasaskan web.Ini mungkin lebih banyak mendatangkan masalah. Walaubagaimanapun ianya amat sesuai untuk individu yang belajar kerana konsep “educere”. Apa pendapat sahabat lain. Sesuai tak secara praktikalnya atau sekadar teori?

ibnu umar berkata...

Kemajuan ict telah membangun dengan pesatnya,namun persoalannya; " Apakah persiapan kita untuk menerimanya? " "Apakah frasarana kita mencukupi? berapa ramaikah guru yang berkemampuan untuk mengemudinya? Bagaimanakah sekolah-sekolah di luar bandar? jika persoalan ini belum terjawab,maka kita hanya sekadar pemerhati kepada ict dan bukan pengapplikasi.

norlailey abd satar (202106) berkata...

bagi pendapat saya, penggunaan web adalah berguna untuk pembelajaran dan pengajaran. walaubagaimanapun kemudahan ini berkesan sekiranya sekolah mempunyai kemudahan internet. bagi sekolah kawasan pedalaman mungkin agak sukar.selain itu juga, pelajar mestilah mempunyai asas pembelajaran internet kerana ini akan memudahkan pengajaran guru.

Akmanizam bin Mat Jusoh @ Abdullah berkata...

Bagaimana saya manfaatkan internet untuk membantu pengajaran?
1. Mendapatkan soalan percubaan negeri lain
2. Muat turun sukatan, huraian sukatan, rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian untuk fail meja guru
3 Kongsi nota dengan guru lain dan pelajar melalui email atau scribd.com

Yang paling penting, kita perlu mahir menggunakan Pakcik Google dan Makcik Yahoo untuk carian bahan pengajaran.