BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Julai 22, 2014


selepas..



sebelum..

Jumaat, Jun 20, 2014

RUMAHKU SMART BRICK

pagar sepanjang 325 kaki
kos bata rm9700.00
upah rm8500.00 (rm25/kaki)

mula projek 11 jun 2014
bekalan bata? kg.baru, pengkalan chepa, kota bharu







@ INTERLOCKING BRICK

Jumaat, Mac 05, 2010

Muka depan Buletin

Selasa, Februari 02, 2010

Pembelajaran Berasaskan Web


Ulasan Jurnal "Pembelajaran Berasaskan Web"

Pengajaran berasaskan web merupakan alternatif pengajaran untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Antara kebaikan pengajaran ini ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi.

Rabu, Januari 27, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Falsafah Al-Fatihah

Tujuh ayat dlm surah ALFATIHAH jika dijadikan panduan, boleh mendidik nafsu kita yang ada tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al-Fatihah yang tujuh itu. Semakin kita hayati, kita mampu mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al-Quran itu terkandung dalam Al-Fatihah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al-Fatihah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, jika Al-Fatihah dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, taat atau tidak kita pada Tuhan. Paling lemah, Al-Fatihah atau isi Al-Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik jika dia benar-benar mengawal nafsunya itu. Jika manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa hanya boleh mencapai tahap nafsu mardhiah sahaja jika dia benar-benar berusaha mengawal nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al-Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu lain. Siapa yang boleh menguasai dan mempraktik Al-Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana mencipta dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi sangat berperanan. Jika manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al-Quran.

Ayat Al-Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Jika kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Sebenarnya jika kita mampu kuasai tujuh ayat itu, kita boleh mencapai peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka mencapai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, Dia tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al-Fatihah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al-Fatihah itu mampu mengawal tujuh peringkat nafsu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al-Fatihah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis juga tidak boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh mewujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al-Fatihah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Walaupun hanya merungkai muqaddimah sahaja namun kita boleh lihat kehebatan Al-Fatihah itu. Baru di pintu Fatihah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al-Fatihah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Jika sebahagian ulama memasyhurkan Al-Fatihah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al-Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Al-Fatihah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di akhirat. Moga hidup ini tidak disia-siakan. Jangan menganggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
Last Updated (Tuesday, 12 January 2010 12:19)